Repair Notebook 1 Malaysia
|
Selamat bertemu dan bersua kembali dan tidak terlupa dan sebelum terlambat, selamat hari raya diucapkan kepada semua. Jika melihat kepada gambar diatas semestinya anda sangat sangat mengenali notebook di atas brand apa. Notebook 1 Malaysia semakin banyak penggunaanya di Malaysia kerana inisiatif dari kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang IT.
Masalah Notebook 1 Malaysia
Namun, notebook berlambangkan 1 Malaysia ini sering kali dan kami sudah lali untuk meneka apakah masalah setiap kali pengguna menghantar laptop ke kedai kami. Apakah masalah yang sama yang dialami oleh notebook 1 Malaysia ini?
| Notebook ini sentiasa mengalami "kebakaran" dan "hangus" apabila sampai ke kedai kami. Ini memang masalah yang serius kerana boleh membahayakan nyawa serta boleh merosakan harta benda. Setiap kali notebook 1 Malaysia masuk ke kedai, kami akan berasa sangat cemas untuk menerimanya kerana ia melibatkan api yang boleh membakar. Silap silap kami yang terkena.
Punca Masalah
Pembinaan notebook 1 Malaysia ini sangat tidak selamat untuk digunakan di negara yang bercuaca panas seperti negara kita. Reka bentuk dan sistem yang diguna pakai untuk membuat notebook 1 Malaysia ini tidak bersuaian seperti notebook jenis jenis yang lain. Kami sangat tidak mengalu alukan anda untuk membeli notebook seperti ini.
Masalah yang berkaitan dengan sistem ialah papan litar yang dibuat tidak tahan kepada arus yang kita gunakan di Malaysia. Setiap komponen yang digunakan cepat rosak dan tidak berkualiti. Boleh dikatakn motherboard yang digunakan sangat sangatlah tidak bagus.
Cara Penyelesaian
Cara penyelesaian yang paling terbaik dan tiptop adalah dengan cara menukar motherboard yang baru kerana sekali sudah terbakar automatik motherboard tersebut boleh lagi digunakan tetapi tidak dijamin sampai bila ia boleh beroperasi seperti biasa. Tetapi yang tidak seronoknya, motherboard untuk notebook 1 Malaysia ini tiada di pasaran lagi di sini dan juga di luar negara. Maksud tiada lagi dipasaran itu adalah susah di jumpai. Kami sudah mencari dalam dan luar negara juga tidak dapat dijejaki batang hidung sekalipun kalau ikut orang dulu dulu berkata.
Jadi kami sedia membantu anda yang mempunyai masalah seperti ini dengan cara mengantikan chipset chipset yang terbakar juga hangus setelah menerima arus yang sangat besar sebelum notebook ini terbakar dengan jayanya. Kami hanya menggunakan chipset chipset yang berkuali tinggi yang mana mapu melawan arus arus yg terlebih jika berlaku berlebihan arus ke notebook anda. Alhamdulillah kami sudah berjaya merepair masalah seperti 8 kali dan laptop di bawah adalah yang ke 9 kali. | Inilah laptop yang baru kami selesai merepairnya. Memang penuh cabaran kerana kami sukar untuk memnentukan chipset chipset yang telah rosak akibat terlebih arus namun kami sudah berjaya untuk laptop yang kesembilan.
Dan kami sangat menyarankan agar kepada sesiapa yang mengunnakan notebook ini supaya menjaga penghabaan dengan baik agar masalah yang sama tidak berulang kepada anda. Anda juga digalakkan untuk mengunakan AVR iaitu automatic voltage regulator untuk mengurangkan noise noise yang masuk ke dalam notebook anda. Dibawah adalah lagi dua notebook yang berjaya dibaiki dalam bulan ramadhan yang lepas. |
artilkel ini adalah untuk mereka yang mencari - repair laptop 1 Malaysia, notebook 1 Malaysia, notebook rosak, notebook terbakar, notebook 1Malaysia rosak, notebook 1 Malaysia terbakar, terbakar, hangus
Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.
0 comments:
Post a Comment