Powered by Blogger.

Follow the flow



Masukkan maklumat dibawah dan dapatkan



Voucher RM20

  • subscribed: 1

Saturday, August 11, 2012



PERHATIAN!!! KEPADA PENGGUNA LAPTOP DELL INSPIRON 1440. Laptop ini amat terkenal dengan rekabentuknya yang simple dan kukuh. Namun, Ramai yang diantara anda tidak sedar dengan masalah yang dihadapi oleh laptop ini.

Apa masalahnya??
Ramai pelanggan kami yang menghantar laptop Dell Inspiron 1440 mereka mengalami masalah boleh on tapi tiada gambar yang keluar di LCD screen, led caps lock, num lock berkelip-kelip. 

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan mesej yang dihantar terus dari motherboard menyatakan bahawa chipset laptop sudah rosak. Selalunya jika chipset rosak ini berpunca daripada ruang udara masuk atau keluar tersumbat dengan habuk. 

Tetapi bagi laptop Dell Inspiron 1440 ini, bukan itu puncanya. Puncanya adalah, Kipas penyejuk chipset dan processor mudah untuk rosak. Kadar angin yang masuk tidak mencukupi untuk menyejukkan chipset dan processor. Dan begitu juga haba panas yang di hasilkan daripada chipset ini tidak dapat dikeluarkan. Masalah ini mungkin datangnya dari kesilapan pihak pengeluaran Dell sendiri. Ataupun keadaan di Malaysia ini kurang sesuai bagi laptop ini.

 


Macam mana nak kesan kalau kipas ini rosak.
Cara yang paling mudah ialah, cuba anda tengok di bahagian bawah laptop, di sebelah terletaknya kipas laptop itu, adakah kipas itu gerak atau tidak semasa anda ON laptop anda. Kalau tak nampak, cuba letakkan tangan anda pada lubang itu, anda rasa x angin. Juga rasa di bahagian angin keluar, ada tak rasa angin panas yang keluar. Jika tidak bermakna kipas anda rosak.

Tapi diminta anda jangan menggelabah. Jika anda kurang pasti tentang keadaan kipas laptop anda, kami menasihatkan anda hantar laptop anda untuk service. Sekurang-kurangnya setiap 6 bulan sekali. Ini untuk mengelakkan daripada kompenen lain pula yang menghadapi kerosakkan.









Kami menasihatkan kepada anda, pengguna laptop dell model ini supaya melakukan servis dengan sekerap yang mungkin sebelum berlakunya perkara yang kurang menyenangkan poket anda semua. Ini kerana kami sudah mengenal pasti yang model ini bermasalah berpunca daripada kipas. Jadi selalu perhatikan kipas laptop anda, dan lakukan tindakan yang bijak agar anda tidak melakukan pelaburan yang sia-sia. Kami OK Computer Solution, prihatin tentang pelanggan kami.
artilkel ini adalah untuk mereka yang mencari - repair dell inspiron 1440, motherboard damage, motherboard failed, rosak motherboard, chipset problem, tukar chipset, tukar motherboard, dell, inspiron 1440

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

0 comments:

Post a Comment