Powered by Blogger.

Follow the flow



Masukkan maklumat dibawah dan dapatkan



Voucher RM20

  • subscribed: 1

Friday, September 28, 2012

Repair Laptop Compaq Presario CQ42
HP telah memperkenalkan konsep "My Life, My HP" yang menampilkan Compaq Presario CQ42 sebagai antara notebook yang menepati kehendak kehidupan pengguna. Model yang mempunyai berat 2.2 kilogram itu dijual pada harga bermula RM1 799 menawarkan prestasi mengagumkan yang mempunyai kapasiti storage Hard Disk sebanyak 500GB.

Bukan sekadar itu, rekaan senipis 1.2 inci dengan paparan skrin 14.0 inci cukup untuk melakukan kerja seharian serta menatap laman sosial mahupun menonton videoapatah lagi ia mendapat sentuhan ATI Mobility Radeon HD 5430. Anda juga berupaya untuk memilih prosesscer Intel Core i3 atau i5 yang disesuaikan dengan persekitaran komputer.

Masalah Laptop Compaq Presario CQ42
Namun model ini mempunyai satu masalah yang boleh dikatakan kerap berlaku. Laptop yang telah digunakan selama 2 tahun dan keatas akan mengalami masalah "Cannot On". Kami sudah membuat kajian bahawa 7 daripada 10 orang yang menggunakan model CQ42 ini mengalami masalah "Cannot On".

Namun masalah ini terjadi kepada pengguna yang menggunakan processor Intel sahaja dan tidak berlaku kepada pengguna yang memakai processor AMD. Adakah ini disebabkan processor Intel sangat tidak berkualiti? Dan apakah ini menandakan kita perlu memilih processor AMD selepas ini?

Punca Masalah
Compaq memang terkenal dengan kepanasan yang merosakan sistem dan juga mendatangkan masalah kepada motherboard. Tetapi jika kita menjaga dengan baik seperti servis laptop setiap 6 bulan sekali mungkin perkara seperti ini tidak akan berlaku. 

Kesemua laptop model CQ42 yang mengalami masalah "Cannot On" berlaku disebabkan kipas dan heatsink dipenuhi dengan habuk. 

Jikalau macam ini lah keadaan kipas dan heatsink anda memang patut laptop itu rosak. Keadaan kipas seperti diatas menyumbang kepada rosaknya power controller chipset. Ditambah lagi dengan design compaq yang memerangkap haba, chipset yang berkualiti pun boleh rosak inikan pula chipset yang kualitinya rendah. 
Cara penyelesaian
Jalan yang terbaik jika laptop anda sudah tidak dapat ON, tukar motherboard adalah cara yang terbaik. Ini kerana jika masalah "Cannot On" berlaku itu sudah memendekan jangka hayat laptop anda. Tetapi harga sekeping motherboard untuk CQ42 ini adalah seperti anda membeli laptop yang baru. Untuk jaminan selama 3 bulan sahaja harga tersebut amatlah tidak berbaloi.

Namun kami mempunyai keadah yang selamat dan juga ekonomi. Kami menukar chipset yang telah rosak kepada yang baru serta dijamin selama tiga bulan. Kaedah ini memerlukan kos yang rendah dimana harganya tidak sama macam beli laptop baru. Disamping itu juga kami melakukan proses cleaning fan dan topup coolant secara percuma kepada anda. Setelah 6 bulan selepas itu barulah anda perlu melakukan servis seperti biasa untuk mengelakkan perkara yang sama berulang.

Testimoni
Antara laptop yang berjaya ditukarkan chipset power controller dan tiada masalah "Cannot On" lagi.


Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

0 comments:

Post a Comment