Powered by Blogger.

Follow the flow



Masukkan maklumat dibawah dan dapatkan



Voucher RM20

  • subscribed: 1

Monday, July 16, 2012


10 Tips berguna untuk me'LAJU'kan komputer anda.




Semestinya sangatlah membengangkan apabila laptop atau computer anda sangatlah lembab. Di masa kritikal seperti  hendak menyiapkan tesis, projek, assignment, kertas kerja dan apa sahajalah, masa itulah computer anda meragam dan sememangnya perasaan marah anda meluap-luap. Tapi apakah sebenarnya puncanya? Jangan marahkan computer anda. Anda nakhoda jadi anda yang bertanggungjawab terhadap computer anda. Mari kita lihat 10 tips apa yang anda boleh lakukan untuk mengembalikan kelajuan atau lebih tepat mengembalikan  efisien sisetm computer anda.


1. ‘Defrag’ hard disk anda. Ini untuk bertujuan mengurangkan ruang-ruang kosong antara data anda dan membuatkan data anda tersusun rapi hingga memudahkan dan mempercepatkan system atau komputer anda mencari sesuatu data.


2. Bersihkan hard disk anda. Bukan dengan cara mencuci hard disk anda tetapi dengan membuang ‘temporary files’ yang hanya menyemak di dalam laptop anda. Restore point yang terlalu banyak dan program yang tidak digunakan lagi pon akan melembabkan system anda. Jadi buang mereka semua. Selalulah mengosongkan ‘Recycle Bin’ anda.


3. Kurangkan running program yang berjalan di background. Ini kerana mereka-mereka ini hanya akan mensia-siakan memory RAM anda. Contohnya jika anda tidak menggunakan Skype, Yahoo Mesengger, uTorrent, atau apa saja program yang anda rasa anda tidak gunakan pada waktu itu, tutupkan sahaja.




4. Yang paling penting anda mestilah mempunyai RAM yang tinggi atau munasabah. Maksud munasabah ialah jika anda hanya ada 1GB RAM, janganlah menggunakan Windows Vista, Windows 7 pon tidak berapa efisien. Gunalah Windows XP atau upgrade sahaja RAM anda jika masih boleh.





5. VIRUS! Ini adalah musuh utama laptop yang menggunakan OS Windows. Anasir-anasir jahat inilah yang akan menggodam laptop anda dan melembabkan system laptop anda. Adik-beradik mereka juga hendaklah dihindarkan seperti spyware, malware dan yang sewaktu dengannya. Gunalah ANTIVIRUS yang bagusuntuk menghindarkan meraka menceroboh laptop anda.


6. Periksa hard disk anda dengan aplikasi seperti Error Checking Utility. Ini kerana, lama-kelamaan, hard disk akan mempunyai peluang dijangkiti penyakit ‘bad sector’. ‘Bad sector’ ini akan memperlahankan prestasi hard disk anda dan mengkin menyebabkan kesukaran untuk system anda membaca data-data dalam komputer anda.




7. Pernah dengar pasal ReadyBoost? Hanya terdapat dalam Windows Vista dan Windows 7, aplikasi baru ini menggunakan ruang-ruang memori dalam pendrive anda untuk bertindak seperti RAM. Jadi kandungan RAM anda akan bertambah.

8. Berjinak-jinaklah dengan Windows 7. Windows 7 mempunyai reputasi yang baik untuk memproses data dengan pantas berbanding Windows Vista terutamanya.

9. Anda juga boleh menggunakan beberapa perisian atau aplikasi untuk membantu memantau komputer anda dan membersihkan computer anda seperti TuneUp Utilities, Ccleaner, Advanced Stystem Optimizer, dan sebagainya.

10.  Susah sangat dan tidak faham apa yang tercatit di atas? FORMAT sahaja computer anda. Ia seperti kelahiran semula komputer anda yang telah membuang segala bebanan komputer anda. Komputer anda akan jadi seperti bayi yang baru lahir dan tahap efisien computer anda akan meningkat dengan sangat drastik! Perlu diingat! Format bukan senang dan tidaklah susah sangat. Akan tetapi, jika salah langkah, anda akan berjumpa kawan baru anda yang tidak mahu anda jumpa, BLUESCREEN!! Ini mungkin terjadi kerana anda salah install driver bagi computer anda. Hantar sahaja kepada pakar. Tahulah mereka apa untuk dibuat.




ditulis oleh OK Computer Solution Malacca




Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

0 comments:

Post a Comment