Powered by Blogger.

Follow the flow



Masukkan maklumat dibawah dan dapatkan



Voucher RM20

  • subscribed: 1

Friday, February 8, 2013

Jika anda menghadapi masalah pada adapter laptop anda, semestinya ianya amat mengganggu kerja anda bukan. Tapi tahukah anda power adapter boleh merosakkan laptop anda jika anda tidak mengambil kira kuasa yang disalurkan kepada laptop anda. 

Bagaimana power adapter boleh merosakkan laptop anda


Setiap laptop mempunyai kadar voltan atau aliran arus elektrik yang sesuai baginya. Tidak semua laptop mempunyai kadar voltan atau aliran elektrik yang sama. Bagi laptop yang kecil, kadar voltan dan arus elektriknya lebih kecil daripada yang besar. Maksudnya di sini semakin besar sesebuah laptop itu, makin besarlah kapasiti voltage yang di perlukan.

Perkara ini disebabkan setiap kompenen yang berada didalam sebuah laptop itu mempunyai kadar voltan yang telah di khususkan. Jika ianya disalurkan dengan voltan dan arus elektrik yang lebih, ia akan rosak. Jika kurang disalurkan voltan dan arus elektrik, ia tidak akan berfungsi.

Akibat dari salah pilih adapter
-LCD/LED screen akan mudah rosak
-Hard Disk Driver (HDD) lagging atau tersekat-sekat
-Chipset mudah rosak
-Motherboard mudah terbakar
-Ram tidak boleh berfungsi dengan sempurna
-Bateri akan mudah rosak

Universal adapter vs Original/Replacement adapter


Universal adapter merupakan adapter yang boleh dilaras mengikut kadar voltan dan arus elektrik yang anda mahukan. Ia juga mempunyai connecter yang pemboleh ubah mengikut laptop anda. Namun ianya agak kurang selamat digunakan kerana, apabila sudah lama digunakan, pelaras voltan itu akan menjadi rosak dan boleh memberi efek kepada laptop anda.

Tidak seperti Original/Replacement adapter, kadar voltan dan arus elektrik-nya sudah ditetapkan dan tidak boleh di ubah. Ia lagi selamat untuk digunakan untuk jangka masa yang panjang.



Universal adapter


Replacement adapter


Dari sini pentingnya bagi anda untuk memiliki power adapter yang betul-betul bersesuaian dengan laptop anda. Elakkan dari mengguna Universal power adapter. Kerana voltan yang disalurkan tidak menentu. Gunakan power adapter yang khusus bagi laptop anda, agar laptop anda mendapat punca kuasa yang sesuai dengannya.

Anda pengguna harus menjadi bijak untuk mendapatkan power adapter yang terbaik bagi laptop anda. Jangan kerana salah memilih adapter untuk laptop anda, anda terpaksa mengeluarkan wang yang besar untuk membaiki laptop anda yang rosak akibat dari kesilapan yang kecil. Kami OK Computer Solution perihatin tentang laptop anda.









Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Thursday, February 7, 2013

            it repair




Screen merupakan perkara penting untuk sesebuah laptop. anda setuju?. Apabila menghadapi masalah LCD / LED screen anda rosak, diminta untuk anda berhati-hati untuk membeli atau menukar LCD/LED screen baru. 


Bagaimana screen LCD/LED boleh rosak.

Setiap screen mempunyai jangka hayat yang telah ditetapkan bagi sesebuah LCD/LED screen. Selalunya dalam 3000 hingga ke 4000 jam (bagi screen baru dan original).

Bila sampai jangka hayatnya, dari situ lah bermulanya screen menjadi kabur, berbelang-belang, tidak mengeluarkan gambar, berwarna putih, ada gambar tapi tiada lampu, green screen, blind screen dan macam-macam lagi.

Pengalaman kami telah mendapat 70% customer yang screen-nya pecah kerana berlaku insiden-insiden yang tidak disengajakan. Contohnya letak objek-objek yang keras di antara screen dan keyboard dan akibat cuai, terus lipat laptop kemudian screen menjadi retak.

Selain dari pada itu terjatuh, kanak-kanak kecil bermain dan banyak kemungkinan lagi. Jadi apabila sudah rosak, pastinya perlu di tukar.

it repair


it repair


it support


Kenapa anda perlu tukar kepada screen yang ORIGINAL.

Disini kami menegaskan pada anda, jangan sebab nak tukar screen anda tidak fikir tentang kualiti screen itu.

Sebab screen amat penting bagi sesebuah komputer atau laptop. Tiada screen tidak bermakna bagi komputer atau laptop.

Jangan mudah tertipu dengan screen yang berharga murah. Kerana anda akan tertipu dengannya. Gejala penipuan screen kini sudah beleluasa. 

Ramai orang di luar sana telah tertipu. Screen yang di tukar itu bukannya screen yang baru sebaliknya, screen yang telah rosak secara halus yang tidak mudah untuk di kesan. Ianya kedengaran too good to be true. Screen tersebut seperti;

-Screen refurbish

boleh juga dipanggil sebagai screen recond. Ianya ialah screen yang telah rosak, dibaiki semula dan dijual kepada pengguna yang lain. Jangka hayat 2 hingga 3 bulan

Screen ini sukar di kenal pasti cuma yang betul-betul pakar sahaja yang boleh mengenalinya.

Sindiket yang terbesar dan berleluasa di Malaysia. Pihak berkuasa tidak mengambil apa-apa tindakan. Penipuan jenis ini paling banyak berlaku kepada pengguna.

Harga screen ini biasanya 1/2 daripada harga pasaran. Kerana kosnya sangat murah.

-Secondhand
Perkara ini selalu berlaku pada customer kami. Screen yang secondhand dikatakan baru. 

Ianya mungkin datangnya dari barangan curian ataupun diambil daripada laptop lama yang bahgian lain telah rosak.

Jangka hayatnya mungkin tinggal lagi 1000 hingga 1500 jam.

-kualiti yang rendah
Screen seperti ini harganya tidak jauh beza dengan yang original. perbezaanya didalam lingkungan RM20 hingga RM30.

Tetapi kualitinya jelas ketara kelihatan. Gambar yang dihasilkan kabur dan tidak jelas walaupun masih boleh dilihat.

Amat rugilah jika anda berkira dengan harganya dengan keadaan kualitinya yang amat menyedihkan.

Jangka hayatnya di dalam lingkungan 500 hingga ke 1000 jam.

Banyak syarikat atau kilang yang boleh membaiki screen tetapi, screen akan mudah untuk rosak. Mereka hanya mengambil kesempatan kepada pengguna.

it help


it help


it support


Apa yang anda perlu lakukan.

Bagi anda yang perlu menukar screen laptop anda, kami syorkan anda mendapatkan screen yang benar-benar baru dan bukannya second hand.

Banyak customer yang datang kepada kami mengadu kepada kami bahawa mereka baru sahaja menukar screen mereka di tempat lain. Tidak sampai sebulan screen sudah rosak. 

Apabila kami periksa tentang tarikh pembuatannya ia memang terbukti bukan yang baru. 

Keadaan ini amat tidak di senang oleh kami dengan gejala sebegini. Keadaan ini telah menyebabkan industri teknologi maklumat menjadi rosak kerana nya.

Oleh pada itu. Kami menegaskan anda untuk membeli atau menukar screen LCD/LED kepada yang pembekal yang benar-benar telah di perakui kualitinya. 

Jangan mudah terpedaya dengan harga yang telah de rundingkan. Jika ianya murah mesti ada udang di sebalik batu. Well, If you pay peanuts, you get monkeys.

Berhati-hati daripada ditipu oleh pengkhianat IT di luar sana. Anda pasti mahu menggunakan screen yang terbaik betul?. Jangan baziri wang anda dengan menukar screen berkali-kali. Kami di OK Computer Solution amat prihatin tentang pelanggan kami.

pc computers


lap top


lap top


laptop repair


artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair lcd screen, repair led screen, repair laptop screen, lcd screen, led screen, led display screen, laptop screen, screen, broken lcd screen, led display, ok computer solution

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Wednesday, February 6, 2013




Anda biasa dengan amaran "Consider replacing your battery" pada laptop anda?. Amaran ini keluar hanya pada pengguna windows 7. Ianya banyak kebaikan bagi pengguna yang mungkin tidak sedar akan ketahanan battery laptop mereka. Di entry ini kami akan menerangkan tentang pemasalahan begini.

Windows 7 mempunyai keupayaan untuk memberitahu pada anda apabila bateri anda tidak lagi berupaya untuk cas penuh. Apabila bateri anda sudah mencapai 40 peratus daripada kapasiti asal (iaitu, ia hanya boleh mengecas 40 peratus atau kurang daripada kebiasaannya), Windown akan secara automatiknya akan memaklumkan pada anda yang mengatakan "Consider replacing your battery". Windows melaporkan maklumat ini terus dari bateri laptop anda. Dan hanya akan melihat pemberitahuan ini apabila bateri melaporkan ia tidak dapat bertahan lebih daripada 40% daripada caj penuh.

Pemberitahuan ini adalah baru dalam Windows 7. Di awal versi Windows seperti Windows Vista, Windows XP dan sebelumnya, tidak akan memberitahu kepada anda apabila bateri anda akan rosak atau telah pun rosak. Jika anda baru sahaja menaik taraf laptop anda kepada Windows 7 dan menerima pemberitahuan ini, ia mungkin bermakna bahawa anda perlu untuk menggantikan bateri anda. Jika anda tidak mahu untuk menerima hakikat tentang pemberitahuan ini, anda boleh untuk mematikan pemberitahuan ini pada meter bateri.
Sumber daripada Laman web Microsoft




Kenapa bateri boleh rosak


Terdapat banyak kemungkinan kenapa bateri laptop boleh rosak. Tetapi kebiasaan ia berpunca daripada bateri tersebut telah terlebih di cas atau over charge. Kemungkinan lain boleh berpunca daripada mengecas bateri sambil menggunakan laptop. Atau dibiarkan bateri tidak dicas dalam jangka masa yang lama. Dan apabila anda hendak menggunakannya ia tidak lagi boleh berfungsi.




Bagaimana untuk mengelakkan daripada bateri rosak


Sebaik-baiknya, anda di nasihatkan untuk mengecas bateri anda hanya apabila ianya telah mencecah 10 peratus. Ini merupakan tahap kritikal bagi sesuatu beteri. Dan apabila anda mahu mengcasnya, seelok-eloknya biar didalam keadaan laptop anda telah dimatikan. Supaya bateri akan mendapat kuasa yang mencukupi.

Jangan biarkan bateri anda dicas terlalu lama. Kerana ianya akan mengurangkan tahap ketahanan bateri. Dan selalunya akan menyebabkan bateri anda akan boleh berfungsi lagi.



Macam mana nak mengenali bateri itu ORIGINAL atau OEM.




Keadaan didalam bateri

Bateri ORIGINAL bermaksud bateri yang memang asal khas untuk sesebuah laptop. Ianya hanya boleh didapati daripada pengedar barangan yang ORIGINAL. Kebiasaannya bateri original ini harganya mahal berbanding OEM.

Bateri OEM atau Original Equip Manufactural, ianya adalah alternetif bagi bateri original. Bateri OEM ini tahap ketahanannya lebih kurang sama dengan yang ORIGINAL. Tetapi harganya lebih murah daripada ORIGINAL kerana bateri OEM ini tidak mempunyai jenama yang khusus baginya. Contohnya bateri HP, pada bateri tersebut telah tercetak logo HP padanya dan tiada pada bateri OEM. Dari situ anda boleh membezakan antara bateri Original dan OEM.



Gambar di atas adalah contoh bateri laptop Lenovo, di bahagian atas adalah Original, di bahagian bawah adalah OEM.


Jadi elakkan dari melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan bateri anda rosak, atau anda akan menghadapi kerosakkan bateri disaat anda amat perlukannya. Kami di OK Computer Solution amat perihatin tentang laptop anda.

artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang bateri laptop, battery laptop, replacement battery, oem battery, original battery, rechargeble battery, ok computer solution



Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Tuesday, February 5, 2013


it services


Adakah anda KEJAM dengan laptop anda?? Mari kita selidik kebenarannya..

Penjagaan laptop harus di ambil penekanan kepada pengguna yang tegar... Tahu mengguna tetapi tidak tahu untuk menjaganya. Laptop yang telah banyak berjasa pada anda, sedikitpun anda tidak ambil peduli tentang penjagaannya. Apabila sudah rosak barulah menggelabah nak service.. Anda memang pengguna yang KEJAM!!!



Apa masalah yang akan dihadapi apabila anda tidak menjaga laptop anda.

Pasti anda merasa pelik kenapa secara tiba-tiba laptop anda menjadi panas. Kipas kipas anda mengeluarkan angin yang panas. Laptop anda kerap kali mati atau restart secara sendiri. kadang-kadang baru on terus terpadam kat logo Windows. Jadi inilah masalah yang dihadapi oleh pengguna yang diketogorikan sebagai pengguna yang KEJAM!!


Mengapa ianya terjadi.


about laptop




about the laptop



Perkara sebegini adalah berpunca daripada chipset pada motherboard tidak mampu lagi untuk berfungsi seperti biasa. Kerana ia tidak dapat untuk mengawal haba yang dihasilkannya. Ini kerana ruangan udara pada kipas laptop telah tertutup oleh habuk ataupun material yang menghalang daripada udara masuk dan keluar. Jadi apa bila sudah sampai satu tahap yang menyebabkan chipset sudah tidak boleh lagi digunakan kerana telah terbakar dari dalamnya.

is laptop


laptop laptop laptop


it repair


it support


lap top


what laptop



Bagaimana untuk mengelakkan laptop anda rosak.


Menjaga laptop ini tidaklah sukar seperti anda fikirkan. Cukuplah anda service ia sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Bagi yang mahir untuk melakukannya sendiri mungkin tidak perlu mengeluarkan modal. Tetapi jika anda tidak pandai untuk mengendalinya, jangan memandai-mandai. Anda akan boleh menjadi pengguna yang lebih KEJAM!!. Mudah sahaja, hantar kepada yang pakar. Ia amat berbaloi pada kosnya. Daripada anda perlu mengeluarkan wang ringgit yang lebih besar apabila ia sudah rosak... Jadi fikirkan kebaikan lebih dari keburukan. Bak kata punjangga menyesal dahulu pendapat, sesal kemudian tiada guna lagi.. Elakkan diri dari menjadi pengguna yang KEJAM!!!. Kami di OK Computer Solution amat prihatin kepada anda...



which laptop







artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair chipset, service laptop, service motherboard, repair motherboard, service notebook, notebook computer service, ok computer solution

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Monday, February 4, 2013



computers
Samsung R480 merupakan laptop yang menepati kehendak pada masa kini. Mempunyai RAM sebanyak 4GB DDR3, Hard drive sebanyak 500GB, processor dwi-teras 2.13GHz Intel core i3 dan screen sebesar 14.0'' 1366x768 HD resolution. Namun tidak ramai yang setia menggunanya kerana ianya kerap kali mendapat masalah dan spare part nya agak mahal harganya. Tetapi bagi kami pelanggan adalah keutamaan. kami akan sedaya upaya untuk mencari supplier yang agak rendah harganya daripada kedai yang lain. Kerna itulah kelebihan kami di OK Computer Solution.

Secara dasarnya, laptop samsung ini tidak lari dari pemasalahan kerosakkan yang sama di alami oleh laptop yang lain. Laptop ini juga mempunyai masalah chipset oleh kerana kurang penjagaan daripada pengguna. Chipset mudah rosak apabila tiada udara yang mencukupi bagi ia bagi mengawal haba yang dikeluarkannya. Ianya tidak semestinya kipas atau ruangan udara keluar tersumbat dengan habuk, tetepai ia boleh terjadi apabila ruangan udara masuk telah tetutup oleh apa-apa meterial sekali pun. Seperti meletakkan laptop di atas tilam atau permaidani yang mungkin pengguna tidak sedar ianya telah menutupi ruangan udara masuk.


cpu

Ini antara contoh chipset terbakar. Kami OK Computer Solution mempunyai kepakaran untuk menukar chipset yang terbakar ini kepada yang baru. Tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk membaikpulih laptop anda. Kami amat perihatin tentang masalah pelanggan kami.


notebooks

Habuk yang tebal sudah pasti tidak dapat melepasi ruangan yang kecil ini. Tanpa disedari hampir kesemua lubang udara telah ditutupi oleh habuk. Inilah puncanya chipset pada motherboard terbakar. Ia dapat dikesan pada peringkat awal apabila terasa angin yang amat panas di ruangan angin keluar samada di sebelah kiri atau kanan laptop ataupun di belakang laptop. Jadi sentiasa beringatlah untuk service laptop anda. Jika anda tidak tahu untuk menguruskannya, rujuklah kepada yang pakar.

Sila kunjungi ruangan testimoni kami. Kami telah menerima sebanyak 300 pelanggan setiap bulan khas untuk service laptop mereka.


top laptop


top laptop


top laptop


top laptop





artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang samsung r480, repair motherboard laptop, samsung notebook, motherboard samsung r480, laptop motherboard, notebook repair, ok computer solution




Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Sunday, February 3, 2013

sony vaio


Sony VAIO adalah jenama yang tidak asing lagi didengar pada masa kini. Ianya merupakan produk keluaran syarikat teknologi yang terkemuka dari negara mentari timur iaitu SONY. Melihat dari reka bentuk laptop Sony VAIO pasti ramai yang akan menyukainya kerana ia amat menarik dan cantik. Namun bagaimanapun ia tetap mempunyai masalah seperti mana laptop yang lain. Kami di OK Computer Solution telah banyak menerima pelanggan yang mempunyai masalah dengan laptop Sony VAIO mereka.

Antara pemasalahan yang sering kami terima adalah laptop tidak boleh on, lampu menyala tetapi no display, ada kalanya kerap kali auto shutdown atau restart dengan sendirinya. Kesemua pemasalahan ini adalah berpunca daripada motherboard. Kerosakan ini seringkali berpunca daripada over heating.  Apabila sampai masanya motherboard tidak mampu bertahan untuk melakukan kerja, dan secara sendirinya ia akan auto shutdown atau restart ataupun tidak boleh on langsung. Kami di OK Computer Solution amat pakar didalam pemasalahan motherboard ini. Kami tidak akan terus menukar motherboard itu kerana kosnya amat tinggi, tetapi kami akan menyelesaikannya dengan peringkat awal iaitu menukar chipset pada motherboard itu.


chipset



Chipset adalah elemen yang penting pada sesuatu komputer itu. Ia adalah penggerak utama bagi sesebuah komputer. Ianya nampak kecil, dan seringkali di pertikaikan kerana benda yang kecil ini membawa efek yang besar. Namun inilah hakikatnya. Apabila ia mula berfungsi, ia memerluka udara yang sejuk untuk mengawal haba panas yang di hasilkannya. Apabila ia tidak mendapat udara yang tidak mencukupi ataupun udara tersekat, maka itu lah puncanya kerosakkan pada chipset ini. Bagi mengelakkan daripada terjadinya masalah bergini, kami merekomenkan anda untuk rajin-rajin service laptop anda sekurang-kurangnya 6 bulan sekali...

Selain dari masalah chipset, Sony VAIO juga mempunyai masalah keyboard tidak berfungsi. Ini kerana keyboard hanya mempunyai satu talian atau cable yang di sambung terus ke motherboard. Cable keyboard tidak seperti cable yang lain. Cable ini diperbuat daripada plastik yang amat nipis dan di tengahnya terdapat copper bagi laluan arus elektrik. Ianya perlu dipasang dengan teliti agar cable ini tidak koyak. Jika koyak keyboard akan tidak berfungsi atau sesetengah butang tidak akan berfungsi..


keyboard


Kami di OK Computer Solution juga pakar tentang keyboard. Tidak kira apa jenis laptop dari yang biasa sehingga kepada luar biasa. Anda sedia kami bantu. Dalam masa hanya 15 minit, kami akan selesaikan masalah ini di depan anda!! Anda boleh lihat sendiri hasil kerja kami di depan mata anda... 



Dipendekkan kata, kami adalah pakar tentang bidang laptop. Anda pasti selesa serta akan menyukai dengan perkhidmatan yang kami sediakan. Kami mempunyai banyak testimoni yang berjaya. Silalah lihat di laman testimoni kami. Atau anda boleh terus datang ke permis kami di sekitar anda. Bagi di kawasan Kuala Lumpur atau Selangor, Kami ada terletak di Damansara Perdana, Petaling Jaya dan di UIA Gombak. Di sebelah selatan pula anda boleh berkunjung di Politeknik Port Dickson. Di sebelah utara pula kami terletak di terminal bas Ekspress kemunting. Sila hubungi kami jika laptop anda rosak...



sony vaio


artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair laptop, repair sony vaio, sony vaio, service sony vaio, motherboard sony vaio, chipset sony vaio, repair notebook, repair motherboard sony vaio, laptop fan replacement, motherboard repair, sony vaio repair, sony vio service, ok computer solution


Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Saturday, February 2, 2013

laptops

Latitude D830 merupakan salah satu model laptop yang dikeluarkan oleh syarikat Dell. Ia merupakan sebuah model yang lama. Jika dilihat pada rekabentuknya juga, kita dapat lihat bentuknya yang agak unik. Spare partnya juga agak sukar untuk ditemui dan dikategorikan sebagai rare. Walaubagaimanapun kami di OK Computer Solution sangat prihatin dengan semua jenis laptop termasuklah yang baru mahupun lama. Kami sedia membantu jika laptop mempunyai masalah.

Baru-baru ini kami ada menerima sebuah laptop dengan masalah utama yang biasa kami jumpa iaitu masalah chipset. Masalah ini boleh dikesan sekiranya menemui tanda-tanda seperti tak boleh nak on, kadang-kadang boleh on tapi no display, auto shutdown, dan auto restart. Ramai juga yang bertanya bagaimana masalah ini boleh berlaku, walhal laptop tak pernah jatuh dan sebagainya. Hal ini terjadi bukanlah terjadi disebabkan oleh terjatuh dan sebagainya, akan tetapi ianya melibatkan laluan keluar haba panas dari chipset tersebut sudah tersumbat.

chipset

Macam mana pula boleh tersumbat habuk? Sebenarnya, chipset ini lah yang mengawal semua pergerakan kerja yang kita lakukan dalam laptop, dan bila ini berlaku, chipset tersebut akan mudah panas. Sebab itu jika anda perasan, pada sebelah sisi kiri laptop anda ada ruang udara yang mengeluarkan angin yang panas (jika sudah tersumbat habuk) dan angin yang biasa (jika sudah diservis/belum tersumbat).

heatsink

Kami di OK Computer Solution sangat pakar dalam menservis laptop (bersihkan kipas, heat sink). Selain itu, kami juga akan memberikan penyelesaian utama jika sudah terlambat iaitu dengan menukar chipset tersebut kepada yang baru. Kami juga tidak menggunakan konsep reball, reheat dan sebagainya. Anda juga pasti tergamam dengan hasil kerja dan jaminan yang akan berikan.

laptops

artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang motherboard, repair dell, repair motherboard, repair dell latitude, dell latitude, dell latitude d830, laptop repair, repair laptop, dell studio, repair computer, motherboard repair, repair notebook, laptop motherboard repair, dell laptop repair, notebook repair, dell repair, ok computer solution


Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.